Saturday, February 12, 2011

TUGASAN CTU 151




MUKA HADAPAN



TAJUK:
Sejarah dan Kegiatan Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn,
Cheras, Selangor Darul Ehsan.

DISEDIAKAN OLEH:
Muhamad Zikri bin Zuraimi
Nombor Pelajar: 2010653778
Kumpulan: BMD2AC

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abdul Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 151

Program:
Diploma Pengajian Perniagaan ( BM111 )

TARIKH HANTAR:
28 Februari 2011


ISI KANDUNGAN

Sejarah dan Kegiatan Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor Darul Ehsan.

1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Pengertian surau
5. Sejarah penubuhan
6. Peranan
7. Aktiviti
8. Kesimpulan
9. Rujukan


ABSTRAK

Institusi surau atau masjid merupakan satu aset penting dalam sejarah kebangkitan islam. Sebagai salah satu pusat yang berperanan penting kepada simbolik wilayah Islam, institusi masjid terus berfungsi sebagaimana fungsi - fungsinya yang universal. Dalam era globalisasi ini, fungsi dan peranan institusi masjid di tuntut supaya berperanan lebih luas sesuai dengan peredaran masa. Tidak wajar institusi masjid yang dahulunya menjadi pusat pengembangan syiar Islam dikecilkan skopnya sebagai hanya sekadar rumah ibadat semata-mata. Penguasaan umat Islam dalam pelbagai bidang mampu membentuk masyarakat yang berkualiti serta mampu mencapai kejayaan sebagaimana dikecapi kaum lain dan ia boleh dimulakan di masjid dan surau.

PENDAHULUAN

Syukur ke hadirat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyelesaikan kerja kursus yang telah diberikan kepada saya dan dengan izin-Nya juga telah dapat saya menyiapkan blog ini untuk dikongsi bersama dengan umat islam yang lain. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjanjikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang membangunkan masjid.

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa telah membangunkan masjid kerana Allah SWT, maka Allah akan membangunkannya rumah di Jannah (syurga)."

Seperti yang dinyatakan, tujuan blog ini dibuat adalah untuk menyiap dan menghantar tugasan yang telah diberikan oleh penceramah CTU 151 saya, iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Harjin. Saya telahmemilih surau di taman perumahan saya iaitu, Surau Al-Amin, sebagai tajuk tugasan saya.

PENGERTIAN SURAU


Kata surau berasal dari istilah Melayu Indonesia dan penggunaannya meluas di Asia Tenggara. Pengertian surau ini dalam penggunaannya hampir sama dengan istilah langgar atau musala. Menurut pengertian asalnya, surau adalah bangunan kecil yang terletak di puncak bukit atau di tempat lebih tinggi dibandingkan lingkungannya dipergunakan untuk penyembahan arwah nenek moyang. Penggunaan istilah surau pada masa kini ialah surau merupakan tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau juga merupakan pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

Terdapat beberapa p
ertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.


SEJARAH PENUBUHAN



Pada 21 September 1997, pembinaan Surau Al-Amin telah dimulakan dengan upacara pecah tanah yang telah disempurnakan oleh Mufti Negeri Selangor, Dato' Haji Ishak Baharum. Pembinaan memakan masa hanya 7 bulan sahaja. Surau Al-Amin pada hari ini sudah berusia 14 tahun. Surau Al-Amin juga telah memainkan pelbagai peranan.


PERANAN

Dari keseluruhan ayat al-Quran, kemudian dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah SAW di Masjid Nabawi selama hayat Baginda adalah:

i. Tempat ibadat (sembahyang, zikir).




ii. Tempat konsultasi dan komunikasi.

iii. Tempat pendidikan.



iv. Tempat kebajikan masyarakat.




v. Dewan dan tempat menerima tetamu.


vi. Pusat penerangan atau pembelaan agama.



“Hanyasanya yang layak menta‘mîrkan(menyemarakkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhiratserta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dantidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanyasifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka termasuk dalam golongan yang mendapat petunjuk.” 16 (Surah at-Taubah: 18)

Pengertian perkataan “ya‘muru” (menta‘mîr, menghidup,menyemarakkan) dalam ayat ini sangat luas. Ia dari sudut pengertian bahasa, secara umum bermaksud ibadat kepada Allah di dalam masjid-masjid dan secara khusus ibadat umrah bagi al-Masjid al-Haram. Ya‘muru juga boleh diertikan dengan melazimkan diri di masjid atau berkhidmat kepadanya secara fizikal atau membangun sebuah masjid dan mengubahsuainya. Semua pengertian ini boleh diterima dalam ayat ini kerana indikasi bahasanya dan juga ayat ini bertujuan untuk menjelaskan perkara berkenaan. Di dalam ilmu usul al-fiqh, mengikut pandangan Imam Syafie, penggunaan kata mushtarak terhadap semua ertinya yang bersesuaian adalah dibenarkan.


AKTIVITI

Antara aktiviti-aktiviti yang sering dianjurkan oleh Surau Al-Amin ialah :

1- Kelas mengaji Al-Quran.


  • Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran. Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.
  • Tidak terhad kepada kanak-kanak. Golongan dewasa juga boleh menyertai kelas ini. Hanya yuran pendahuluan sahaja yang dikenakan.
  • Kelas ini diadakan pada setiap hari jumaat, sabtu dan ahad iaitu pada pukul 5.00 hingga 6.15 petang.

2- Memberikan Kaunseling / ceramah.

  • Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.
  • Setiap ceramah akan disampaikan oleh penceramah-penceramah yang terdiri antara imam-imam masjid atau dijemput dari luar.
  • Orang ramai yang mempunyai masalah ataupun kemusykilan agama boleh mendapatkan kaunseling di masjid ini.

3- Mengadakan Gotong- royong.

  • Gotong-royong akan diadakan pada setiap hujung minggu ataupun ketika mengadakan majlis-majlis tertentu.

4- Qiamulail.

  • Qiamulail biasanya akan diadakan pada hari sabtu malam ahad. Kebanyakan golongan dewasa yang akan menyertai solat sunat ini.
  • Kadangkala sesetengah sekolah juga akan mengadakan qiamulail di masjid ini dengan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan pihak masjid.

5- Mendengar kuliah selepas solat mahgrib atau subuh.

  • Sementara mengisi masa yang terluang, biasanya imam-imam di masjid akan memberikan kuliah-kuliah kepada para jemaah mengenai isu-isu semasa.

6- Tadarus Al-Quran.

  • Jika terdapat majlis-majlis tertentu yang akan diadakan, biasanya pihak masjid akan mengadakan tadarus Al-Quran untuk kanak-kanak dan golongan dewasa.

7- Mengutip derma untuk anak-anak yatim.

  • Pihak masjid akan menyediakan tabung khas untuk mengutip derma dan diberikan kepada anak-anak yatim.

8- Memberikan kursus-kursus khas.

  • Antara kursus-kursus yang dijalankan pengurusan jenazah, haji & umrah dan lain-lain lagi.

9- Kelas fardhu ain.

  • Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan kemudiannya di sekolah. Institusi Masjid boleh dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya. Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan "finishing school".
  • Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran. Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Surau Al-Amin telah dibina di kawasan yang strategik iaitu di kawasan yang ramai populasinya. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga agak menarik. Terbinanya surau ini dapat memudahkan penduduk di sekitar kawasan ini mendirikan solat lima waktu dan solat jumaat bersama-sama. Malah, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan pihak surau.

Rujukan

2. alamin-btho.blogspot.com/
3. www.masjidsiber.net/mod/resource/view.php?id=411